top of page
Search
  • Writer's pictureJOAN MOO

Hari Kemerdekaan/ Hari Nasional bagi negara-negara Asia Tenggara

Sempena dengan bulan Kemerdekaan ini, elok juga kita luaskan pengetahuan kita tentang hari kemerdekaan negara-negara jiran Malaysia.



INDONESIA

17 Ogos, 1945 iaitu sejurus selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Indonesia mendapat kemerdekaan daripada Jepun dan Belanda yang telah menguasai negara tersebut sejak 1800.


MALAYSIA

31 Ogos, 1957 adalah tarikh keramat negara kita mendapat kemerdekaan daripada British. Namun, negara Malaysia hanya terbentuk dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.


SINGAPURA

Singapura mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963 dan kemudian menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Namun pada 9 Ogos 1965, Singapura keluar daripada Malaysia dan membentuk negara sendiri.


THAILAND

Negara ini merupakan satu-satunya negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa kolonialisme. 5 Disember ini adalah hari nasional yang juga merupakan hari ulangtahun untuk Raja Bhumibol Adulyadej.


VIETNAM

Hari kebangsaan Vietnam disambut pada 2 September 1945 selepas mendapat kemerdekaan daripada Perancis. Namun pada tahun 1954, negara ini telah terpecah kepada Vietnam Utara dan Vietnam Selatan dan hanya bersatu semula pada tahun 1975.


FILIPINA

Negara Filipina mendapat kemerdekaan daripada Sepanyol pada 12 Jun 1898. Namun ketika Perang Dunia Kedua, negara ini telah dikuasai oleh Amerika dan Jepun. Selepas perang tamat, Amerika memberikan negara ini kemerdekaan penuh pada 4 Julai, 1946. Maka, 12 Jun setiap tahun diraikan sebagai Hari Kemerdekaan dan 4 Julai diraikan sebagai Hari Republik.


BRUNEI

British merupakan kuasa yang pernah menjajah negara ini dan Brunei telah diberikan kemerdekaan pada 1 Januari 1984 tapi hanya meraikannya pada 23 Februari 1984.


KEMBOJA

Kemboja mendapat kemerdekaan pada 9 November, 1953 selepas kuasa penjajah mereka iaitu Perancis menjadi semakin lemah selepas Perang Dunia Kedua dan sedang kalah dengan kuasa Vietnam ketika itu. Kuasa penjajah akhirnya terpaksa tunduk kepada tuntutan kemerdekaan daripada kuasa diraja Kemboja iaitu Raja Norodom Sihanouk.

LAOS

Pada 22 Oktober 1953, Laos mendapat kemerdekaan daripada Perancis dan menjadi negara dengan raja berpelembagaan. Namun pada 2 Disember 1975, institusi monarki ini telah dihapuskan dan digantikan dengan pentadbiran republik yang wujud sehingga kini.


MYANMAR

Negara ini menggunakan kalendar Burma tradisional, oleh itu perayaan hari kebangsaan mereka selalu akan jatuh antara bulan November atau Disember setiap tahun. Walaubagaimanapun, 4 Januari 1948 merupakan tarikh di mana negara ini mencapai kemerdekaan selepas berjuang selama dua dekad. Perjuanan ini telah dimulakan oleh pelajar Universiti Rangoon menentang kuasa penjajah British ketika itu.


Itulah kisah kemerdekaan dan hari nasional bagi negara-negara di Asia Tenggara. Semoga bermanfaat!

189 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page